Wednesday, April 2, 2008

PENGLIBATAN DALAM POLITIK


~~PENGLIBATAN DALAM POLITIK~~

YB Datuk Hj. Idderis B. Hj Kassim mula terlibat dalam bidang politik pada 1975 dengan jawatan Jawatankuasa UMNO Cawangan Ayer Limau. Pada tahun 1984 pula beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda Cawangan Ayer Limau. Seterusnya pada tahun 1989 beliau telah dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO cawangan Ayer Limau. Dan seterusnya pada tahun 1990 hingga 2004 beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Biro Agama dan Dakwah UMNO Bhgn Alor Gajah dan pada masa yang sama beliau juga dilantik menjadi Pengerusi JKKK Ayer Limau sehingga tahun 2004.

Pada Pilihanraya ke 11 tahun 2004 beliau telah dicalonkan dan telah memenangi kerusi DUN Ayer limau sekaligus dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN Ayer Limau dengan gelaran YB. Seterusnya beliau telah dilantik menjadi Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2004. Pada Tahun 2004 juga YB Datuk telah dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO bahagian Masjid Tanah, sehingga kini.

Manakala pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ini, YB Datuk telah bertanding di Dewan Undangan Negeri N.04 Lendu. Dan YB Datuk juga telah memenangi kerusi di DUN Lendu ini. YB Datuk juga kini berkhidmat sebagai YB DUN Lendu. Selain itu juga pada tahun 2008 ini YB Datuk telah dilantik menjadi Penolong Exco Pelancongan Negeri Melaka.

YB Datuk juga sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Cawangan Ayer Limau sejak tahun 2006 .

Dalam NGO atau Aktiviti sukarelawan pula, YB Datuk adalah Penasihat Kelab Sukan Komuniti Ayer Limau. Selain itu, YB Datuk juga menjadi Penaung Kelab Rakan Muda, Wawasan Desa, bagi Dun Ayer Limau. YB Datuk juga menjadi Penaung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Malindo (OKU) yang bertempat di Bandar baru Masjid Tanah. Selain itu, Beliau juga menjadi JawatanKuasa Badan Kebajikan Daerah Alor Gajah.