Sunday, April 13, 2008

Kesilapan Pengundi Memilih…Bawa Masalah atau Bawa Kebaikan?

Ini pula komen dari YB Datuk Hj. Idderis B. Hj Kassim, ADUN N.04 Lendu.

“Jika Kerajaan kita (BN) bermatlamat untuk menyelesaikan masalah penduduk, bukan menambah masalah. Ini merupakan hadiah buat pengundi – pengundi yang telah memilih kerajaan campuran ini sebagai Pemimpin mereka. Ianya bukan sahaja mengundang padah malah pengundi terpaksa berhadapan dengan kepimpinan ini sehingga 4 tahun lagi!!”

Tambah beliau lagi “ Sedangkan kerajaan Negeri Melaka sendiri Cuma meluluskan Cuma 40,000 hingga 45,000 ekor babi sahaja yang akan diternak di Masjid Tanah, inikan pula projek bernilai RM100 juta. Isu babi ini sebenarnya telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Selain itu, terdapat kawalan ketat bagi memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.”

“Cukuplah masalah penternakan babi di Paya Mengkuang ini, banyak masalah yang timbul, antara contoh lain, majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk kawasan tersebut mengalami masalah, tidak ramai tetamu hadir, kerana bau yang busuk dan meloyakan, tiada siapa yang sanggup hadir dan makan di majlis – majlis. Selain itu, kawasan pantai turut terjejas, pelancong yang datang takut atau ‘fobia’ untuk mandi di laut kerana masalah bau dan badan terkena penyakit kulit (gatal – gatal dan kudis).”

YB Datuk juga berkata, “jika kita lihat di Singapura yang majoritinya adalah penduduk cina, mereka dilarang memelihara babi. Dan tidak ada satu pun kandang penternakan haiwan itu. Mengapa di Singapura boleh bertindak begitu?? Kenapa tidak Malaysia? Yang jelas kebanyakannya adalah penduduk melayu beragama islam. Jika dalam bilangan yang kecil, mungkin penternakan ini dibenarkan dan dengan kawalan ketat, tetapi jika dibuat secara besar besaran, ini bukan sahaja menggangu ‘emosi’ perkauman malahan mendatangkan banyak masalah pencemaran dan penyakit.”