Monday, June 9, 2008

JADUAL MINGGUAN YB DATUK HAJI IDDERIS B. KASSIM

9 JUN 2008 (ISNIN)


9.00pg
- Bertugas di Pejabat Timbalan Speaker Seri Negeri, Melaka.

3.00ptg
- Bertugas di Pejabat Japerun Lendu.

8.30mlm
- Jemputan ke Majlis Penutup SUKMA ke 12 Terengganu 2008 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Terengganu.


10 JUN 2008 (SELASA)

9.00pg
- Bertugas di Pejabat Japerun Lendu bagi Penyampaian Wang Ihsan Banjir di Bilik Mesyuarat Japerun.

3.00ptg
- Bertugas di Pejabat Japerun Lendu.


11 JUN 2008 (RABU)

9.00pg
- Bertugas di Pejabat Timbalan Speaker Seri Negeri, Melaka.

4.00ptg
- Mempengerusikan Perjumpaan dengan Tuan – Tuan Rumah bagi masalah perparitan Kampung Baru Lendu di Balairaya Kg Baru Lendu.

12 JUN 2008 (KHAMIS)

9.00pg
- Bertugas di Pejabat Japerun Lendu.

2.30ptg
- Mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PERTAM Properties Sdn Bhd.
Di Bilik Gerakan PERTAM Tingkat 10, Graha Maju, Melaka.

4.00ptg
- Jemputan Ke Majlis Penerangan “Tata Etika Ahli UMNO” Bersama Perhubungan UMNO Negeri Melaka.
Di Dewan Mini Bestari, Ayer Keroh.


13 JUN 2008 (JUMAAT)

9.00pg
- Bertugas di Pejabat Japerun Lendu.


14 JUN 2008 (SABTU)

11.00pg
- Jemputan Majlis Perkahwinan.
** Bersama Isteri & Keluarga.


15 JUN 2008 (AHAD)

10.00pg
- Jemputan ke Majlis Perasmian Sambutan Bulan Perpaduan Peringkat Negeri Melaka di Dataran Sejarah Ayer Keroh oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Sunday, April 13, 2008

Kesilapan Pengundi Memilih…Bawa Masalah atau Bawa Kebaikan?

Ini pula komen dari YB Datuk Hj. Idderis B. Hj Kassim, ADUN N.04 Lendu.

“Jika Kerajaan kita (BN) bermatlamat untuk menyelesaikan masalah penduduk, bukan menambah masalah. Ini merupakan hadiah buat pengundi – pengundi yang telah memilih kerajaan campuran ini sebagai Pemimpin mereka. Ianya bukan sahaja mengundang padah malah pengundi terpaksa berhadapan dengan kepimpinan ini sehingga 4 tahun lagi!!”

Tambah beliau lagi “ Sedangkan kerajaan Negeri Melaka sendiri Cuma meluluskan Cuma 40,000 hingga 45,000 ekor babi sahaja yang akan diternak di Masjid Tanah, inikan pula projek bernilai RM100 juta. Isu babi ini sebenarnya telah lama menjadi masalah di negeri Melaka dan kerajaan negeri sentiasa bersikap bahawa ternakan babi hanyalah untuk keperluan dalam negeri dan bukannya untuk tujuan eksport. Selain itu, terdapat kawalan ketat bagi memastikan jumlah ternakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Manakala kawasan ternakan yang dibenarkan hanyalah di kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah.”

“Cukuplah masalah penternakan babi di Paya Mengkuang ini, banyak masalah yang timbul, antara contoh lain, majlis perkahwinan yang diadakan oleh penduduk kawasan tersebut mengalami masalah, tidak ramai tetamu hadir, kerana bau yang busuk dan meloyakan, tiada siapa yang sanggup hadir dan makan di majlis – majlis. Selain itu, kawasan pantai turut terjejas, pelancong yang datang takut atau ‘fobia’ untuk mandi di laut kerana masalah bau dan badan terkena penyakit kulit (gatal – gatal dan kudis).”

YB Datuk juga berkata, “jika kita lihat di Singapura yang majoritinya adalah penduduk cina, mereka dilarang memelihara babi. Dan tidak ada satu pun kandang penternakan haiwan itu. Mengapa di Singapura boleh bertindak begitu?? Kenapa tidak Malaysia? Yang jelas kebanyakannya adalah penduduk melayu beragama islam. Jika dalam bilangan yang kecil, mungkin penternakan ini dibenarkan dan dengan kawalan ketat, tetapi jika dibuat secara besar besaran, ini bukan sahaja menggangu ‘emosi’ perkauman malahan mendatangkan banyak masalah pencemaran dan penyakit.”

Wednesday, April 2, 2008

PROFILE YB ADUN

~~KEPUTUSAN PRU 12/2008~~

Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN N04 Lendu ialah YB Datuk Hj Iderris B. Hj. Kassim.

Pada Pilihanraya Umum yang Ke 12 / 2008 yang lalu, Beliau telah mengalahkan calon PAS Datuk Mohd Amir Yaakub.
- Jumlah Pemilih Berdaftar 7,978
- Majoriti Kemenangan 1,633
- Peratus Pengundian bagi DUN ini ialah 77.11%.
- Jumlah Kertas Undi DiTolak 113
- Jumlah Kertas Undi Dalam Peti Undi 6,076
Dengan kemenangan ini beliau telah dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi Kawasan DUN N.04 Lendu.

~~KELUARGA~~

Nama Isteri : Datin Hjh Rohani Bte Yunus.
1) Zamran B. Datuk Hj Idderis
2) Zulkarnain B. Hj Idderis.
~~PROFILE YB ADUN~~

YB Datuk Hj Idderis B. Hj Kassim dilahirkan pada 25 April 1947. YB Datuk telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau dan seterusnya peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok China. Pendidikan tertinggi YB Datuk ialah Diploma Perguruan (MAIM) Melaka Empat Senawi (Arab) Singapura Al Juned. YB Datuk pernah berkhidmat di Jabatan Pendidikan Melaka. YB Datuk juga merupakan seorang guru di Sekolah Rendah Agama Rakyat pada tahun 1968. seterusnya dilantik menjadi Guru Besar di Sek. Rendah Agama Rakyat pada tahun 1975. Pada tahun 1981 pula beliau dilantik memegang jawatan Penyelia Lapis di Sekolah Kebangsaan JAIM Negeri Melaka. Seterusnya pada tahun 2000, beliau menjadi Ketua Unit Di Pengurusan Sek. Keb. Jaim Negeri Melaka. Dan YB Datuk juga telah bersara dengan jawatan Ketua Unit pada Tahun 2003.

PENGLIBATAN DALAM POLITIK


~~PENGLIBATAN DALAM POLITIK~~

YB Datuk Hj. Idderis B. Hj Kassim mula terlibat dalam bidang politik pada 1975 dengan jawatan Jawatankuasa UMNO Cawangan Ayer Limau. Pada tahun 1984 pula beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda Cawangan Ayer Limau. Seterusnya pada tahun 1989 beliau telah dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO cawangan Ayer Limau. Dan seterusnya pada tahun 1990 hingga 2004 beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Biro Agama dan Dakwah UMNO Bhgn Alor Gajah dan pada masa yang sama beliau juga dilantik menjadi Pengerusi JKKK Ayer Limau sehingga tahun 2004.

Pada Pilihanraya ke 11 tahun 2004 beliau telah dicalonkan dan telah memenangi kerusi DUN Ayer limau sekaligus dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bagi DUN Ayer Limau dengan gelaran YB. Seterusnya beliau telah dilantik menjadi Timbalan Speaker Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2004. Pada Tahun 2004 juga YB Datuk telah dilantik menjadi Ketua Penerangan UMNO bahagian Masjid Tanah, sehingga kini.

Manakala pada pilihanraya ke 12 tahun 2008 ini, YB Datuk telah bertanding di Dewan Undangan Negeri N.04 Lendu. Dan YB Datuk juga telah memenangi kerusi di DUN Lendu ini. YB Datuk juga kini berkhidmat sebagai YB DUN Lendu. Selain itu juga pada tahun 2008 ini YB Datuk telah dilantik menjadi Penolong Exco Pelancongan Negeri Melaka.

YB Datuk juga sehingga kini masih memegang jawatan Ketua Cawangan Ayer Limau sejak tahun 2006 .

Dalam NGO atau Aktiviti sukarelawan pula, YB Datuk adalah Penasihat Kelab Sukan Komuniti Ayer Limau. Selain itu, YB Datuk juga menjadi Penaung Kelab Rakan Muda, Wawasan Desa, bagi Dun Ayer Limau. YB Datuk juga menjadi Penaung Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Malindo (OKU) yang bertempat di Bandar baru Masjid Tanah. Selain itu, Beliau juga menjadi JawatanKuasa Badan Kebajikan Daerah Alor Gajah.

VISI & MISI

~~VISI DAN MISI~~

Manifesto YB Datuk dalam pilihanraya yang lalu ialah ‘Meningkatkan tahap Ekonomi setiap individu di Masjid Tanah. Menghapuskan kemiskinan rakyat dan membela nasib setiap kaum tanpa mengira bangsa dan agama.

Berdasarkan manifesto itu, YB Datuk berhasrat dapat memantapkan dari segi perpaduan, melalui masyarakat tidak mengira kaum. Seterusnya memantapkan dari segi Pengurusan & Pentadbiran JKK dan Japerun Lendu. Antara lain Beliau juga ingin membangunkan ekonomi dan meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.

Selain itu, YB Datuk juga berjanji akan terus melaksanakan pembangunan di DUN Lendu ini. Dan beliau akan melunaskan segala janji – janji yang telah dijanjikan kepada penduduk tempatan semasa pilihanraya yang lalau. Manakala segala projek – projek yang tergendala akan diteruskan juga pada tahun ini. Dan beliau juga berkata bahawa kebanyakkan masalah penduduk tempatan telah dapat diselesaikan pada masa ini.

Sunday, March 30, 2008

Melaka, Negeri Bersejarah...

Melaka, Negeri Bersejarah...

Pilihanraya PRU ke 12, telah pun berlangsung dengan jayanya. Semua Negeri telah pun melantik Ketua Menteri atau Menteri Besar. Bagi Negeri Melaka yang bersejarah ini, Melaka ditadbir Oleh YAB Datuk Seri Hj.Mohd Ali B. Rustam, Seorang pemimpin yang berkaliber, bertanggungjawab serta sentiasa membantu rakyat negeri ini serta sentiasa mempunyai idea baru bagi memajukan Negeri Melaka ini.
Selain itu, Melaka mempunyai 6 Bahagian serta 28 DUN keseluruhannya. Salah satu bahagian yang terdapat di Negeri Melaka ialah P134 Masjid Tanah, dimana Parlimen Masjid Tanah ini mempunyai 5 DUN Keseluruhannya.Parlimen Masjid Tanah P134 ditadbir Oleh YB Datuk Wira Abu Seman B. Yusop. Dimana Dewan Undangan Negeri bagi keseluruhan Masjid Tanah ialah seperti berikut :
N01 DUN Kuala Linggi :
YB En.Ar. Hj Ismail B. Hj Othman.

N02 DUN Tanjung Bidara :
YB Datuk Kapt. (B) Hj. Ab Karim B. Sulaiman.

N03 DUN Ayer Limau :
YB En. Amiruddin b. Yusuf.

N04 DUN Lendu :
YB Datuk Idderis B. Kassim.

N05 DUN Taboh Naning :
YB Pn. Latipah Omar.